Monday, 24 June 2013

FATIMAH AZ-ZAHRA

ImpossibleTahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.
Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,
“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”
Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,
“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”
Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :
“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.
Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,
“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”
Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”
Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susahFatimah Az-Zahra
Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.



Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.



Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.



Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.



Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama  Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).



Sumbangan Kepada Perjuangan Islam

Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.
Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.
Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.
Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.
Berkata Saidatina Fatimah,
“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).
Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.
Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.
Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian....


#copy from I LUV ISLAM

Sunday, 16 June 2013

TANGISAN HATI DI JALAN SEPI

Kadang hati ini lelah dalam menempuh penantian yang panjang.terkadang jalan ini terasa kosong,hampa,sunyi,sepi dan tandus membuat aku merasa sangat kelelahan...ingin rasanya sejenak diri disiram dengan kelembutan kasih sayang,dipeluk dengan hangat rasa kepedulian.dilindungi saat diri ketakutan...Jalan ini terasa panjang tak berpenghujung, dan aku sendirian berjalan di jalan yang sepi tak berwarna ini...............aku tersesat pada jalan yang tak kuingini.

ohh hati.....mampukah kau untuk terus menjalani,disaat sebak menguasai diri hanya air mata yang bersemi, di saat tawa enggan menemani hanya kesedihan yang mendampingi. sanggupkah engkau untuk terus berdiri dalam melewati ranjau penuh duri sedangkan kau hanya sekeping hati yang lembut mudah tergoresi. sampai bila kesedihan menjadi tamu di hati ini??? bilakah kesedihan pergi meninggalkan diri membiarkan bahagia menjadi teman sejati?? hati ini selalu tertanya-tanya bilakah semua mimpi akan terwujud, bilakah hati ini menjadi istana bahagia...hati ini telah lelah berjalan sendiri,letih menanggung semuanya sendiri.....sendiri yang memilukan hati ini..

bagaimana ingin aku ungkapkan rasa hati ini pada sang waktu??? agar sang waktu mempercepat putaranya...hanya lewat setiap sujudku aku meluahkan rasa dihati, bermohon pada tuhan yang maha esa agar jalan ini menemui warna dan tidak lagi jalan yang penuh liku..agar hati ini tidak merasa sakit lagi,tidak sendiri lagi,tidak sepi lagi dan jalan ini tidak kelam lgi....setiap baris doaku aku panjatkan kesedihanku,kelelahanku,rintihanku,permohonanku,harapanku,keresahanku,kegelisahanku kerana hanya itu yang aku mampu,hanya tuhan tempatku mengadu disaat oramg-orang tidak peduli dengan perasaan di hatiku..

hanya dengan sebuah keyakinan,hati ini tetap bertahan menahan segala beban....aku yakin tuhan tidak pernah membiarkan hambanya sendiri,tuhan tidak pernah membiarkan hati ini terus menangis.aku yakin pada janji tuhan bahawa tiada derita yang akan abadi.dengan sebuah keyakinan inilah  hati ini akan  tetap terus melangkah melawan kesedihan dan melewati jalan yang panjang ini.....suatu saat,bila tiba saatnya aku yakin jalan ini akan lebih indah dari apapun dan hati tak lagi terus menangis.

ohh tuhan dengarlah TANGISAN HATI ini......

Saturday, 15 June 2013

CINTA BERSENIKAN DIAM

InsyaALLAH.. Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina Fatimah az-zahra Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.
        
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah FATIMAH AZ-ZAHRA, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia
      
        Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.....

"Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
    
         Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?
Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

      ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.

        Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

        Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya.

         Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya:

 “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.Lamaran itu telah beliau tolak semua.
Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

           Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” 
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata:

“Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

          Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata:
“Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

 Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?

        ”Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

        
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabulpernikahan puterinya:

Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .Ali terkejut dan berkata,
“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
 Sambil tersenyum Fatimah berkata,
“Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..

Begitulah cinta yang bersenikan diam..Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..Cinta sejati milik dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..Hubungkanlah hati dengan ALLAH… Jika ingin bahagia,hak ALLAH perlu diutamakan. Jika ingin kekal bersama hingga ke syurga, niat kerana ALLAH yang sentiasa perlu didahulukan. Moga cinta dan kasih sayang yang ada sentiasa dihubungkan dengan ALLAH dan kerana ALLAH..

JIKA TAKDIRMU TELAH TERTULIS DALAM TAKDIRNYA DAN TAKDIRNYA JUGA TERTULIS TAKDIRMU MAKA IA TIDAK AKAN PERNAH TERTUKAR MESKIPUN DUNIA MENGHINDAR KERANA JODOH MEMPUNYAI JALANNYA MASING2 DALAM MENEMUI CINTA.DAN HATI TAK AKAN PERNAH SALAH DALAM MEMILIH.