Friday, 12 July 2013

RAMADHAN

RAMADHAN kini kian bertamu lagi..bulan yang dinanti semua umat muslim.bulan diantara seribu bulan,bulan keberkaaan,bulan penuh dengan barakoh,bulan yang suci,bulan yang penuh dengan keampunan bulan dimana pintu neraka ditutup untuk umat islam,dan pintu syurga menanti dengan selebar-lebarnya dan bulan dimana terdapat lailatulqadar yang dikejear dan dinanti para muslimin dan musimat,hari dimana para malaikat turun ke bumi...

RAMADHAN ini tak akan pernah aku sia-siakan... aku ingin ramadhan kali ini menjadi penuh makna.Tak akan pernah aku lewatkan bulan kesucian ini.bulan dimana yang aku merasa sangat dekat dengan ALLAH yang maha esa.aku ingin menjadikan bulan ini sebagai melatih diri menjadi lebih baik.bukan hanya menahan lapar tetapi juga menahan nafsu dunia,menjaga auratku menjaga pandanganku.. menjaga ibadahku,menjaga kata-kataku dan menjaga akhlakku....

RAMADHAN akan menjadi awal langkahku untuk lebih memperbaiki diri,menjadi akhir perbuatan-perbuatan sia-siaku.. inilah bermulanya perjalananku untuk mencari sinar yang dinanti,sinar cahaya yang akan menerangi jalanku di hadapan.sinar yang akan melepaskan kabut dihidupku dan untuk MENCARI SINAR DIHATINYA.

matahari berzikir dan angin bertasbih dan pepohonan memuji keagunganya semua menyambut datangnya malam seribu bulan selamat datang YA RAMADHAN.

semoga kita ikhlas menjalankan apa jua ibadah dibulan ini dan sucikan diri bersihkan hati...^_^

Monday, 24 June 2013

FATIMAH AZ-ZAHRA

ImpossibleTahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.
Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,
“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”
Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,
“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”
Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :
“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.
Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,
“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”
Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”
Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susahFatimah Az-Zahra
Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.



Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.



Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.



Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.



Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama  Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).



Sumbangan Kepada Perjuangan Islam

Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.
Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.
Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.
Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.
Berkata Saidatina Fatimah,
“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).
Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.
Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.
Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian....


#copy from I LUV ISLAM

Sunday, 16 June 2013

TANGISAN HATI DI JALAN SEPI

Kadang hati ini lelah dalam menempuh penantian yang panjang.terkadang jalan ini terasa kosong,hampa,sunyi,sepi dan tandus membuat aku merasa sangat kelelahan...ingin rasanya sejenak diri disiram dengan kelembutan kasih sayang,dipeluk dengan hangat rasa kepedulian.dilindungi saat diri ketakutan...Jalan ini terasa panjang tak berpenghujung, dan aku sendirian berjalan di jalan yang sepi tak berwarna ini...............aku tersesat pada jalan yang tak kuingini.

ohh hati.....mampukah kau untuk terus menjalani,disaat sebak menguasai diri hanya air mata yang bersemi, di saat tawa enggan menemani hanya kesedihan yang mendampingi. sanggupkah engkau untuk terus berdiri dalam melewati ranjau penuh duri sedangkan kau hanya sekeping hati yang lembut mudah tergoresi. sampai bila kesedihan menjadi tamu di hati ini??? bilakah kesedihan pergi meninggalkan diri membiarkan bahagia menjadi teman sejati?? hati ini selalu tertanya-tanya bilakah semua mimpi akan terwujud, bilakah hati ini menjadi istana bahagia...hati ini telah lelah berjalan sendiri,letih menanggung semuanya sendiri.....sendiri yang memilukan hati ini..

bagaimana ingin aku ungkapkan rasa hati ini pada sang waktu??? agar sang waktu mempercepat putaranya...hanya lewat setiap sujudku aku meluahkan rasa dihati, bermohon pada tuhan yang maha esa agar jalan ini menemui warna dan tidak lagi jalan yang penuh liku..agar hati ini tidak merasa sakit lagi,tidak sendiri lagi,tidak sepi lagi dan jalan ini tidak kelam lgi....setiap baris doaku aku panjatkan kesedihanku,kelelahanku,rintihanku,permohonanku,harapanku,keresahanku,kegelisahanku kerana hanya itu yang aku mampu,hanya tuhan tempatku mengadu disaat oramg-orang tidak peduli dengan perasaan di hatiku..

hanya dengan sebuah keyakinan,hati ini tetap bertahan menahan segala beban....aku yakin tuhan tidak pernah membiarkan hambanya sendiri,tuhan tidak pernah membiarkan hati ini terus menangis.aku yakin pada janji tuhan bahawa tiada derita yang akan abadi.dengan sebuah keyakinan inilah  hati ini akan  tetap terus melangkah melawan kesedihan dan melewati jalan yang panjang ini.....suatu saat,bila tiba saatnya aku yakin jalan ini akan lebih indah dari apapun dan hati tak lagi terus menangis.

ohh tuhan dengarlah TANGISAN HATI ini......

Saturday, 15 June 2013

CINTA BERSENIKAN DIAM

InsyaALLAH.. Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina Fatimah az-zahra Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.
        
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah FATIMAH AZ-ZAHRA, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia
      
        Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.....

"Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
    
         Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?
Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

      ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.

        Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

        Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya.

         Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya:

 “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.Lamaran itu telah beliau tolak semua.
Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

           Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” 
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata:

“Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

          Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata:
“Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

 Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?

        ”Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

        
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabulpernikahan puterinya:

Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .Ali terkejut dan berkata,
“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
 Sambil tersenyum Fatimah berkata,
“Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..

Begitulah cinta yang bersenikan diam..Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..Cinta sejati milik dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..Hubungkanlah hati dengan ALLAH… Jika ingin bahagia,hak ALLAH perlu diutamakan. Jika ingin kekal bersama hingga ke syurga, niat kerana ALLAH yang sentiasa perlu didahulukan. Moga cinta dan kasih sayang yang ada sentiasa dihubungkan dengan ALLAH dan kerana ALLAH..

JIKA TAKDIRMU TELAH TERTULIS DALAM TAKDIRNYA DAN TAKDIRNYA JUGA TERTULIS TAKDIRMU MAKA IA TIDAK AKAN PERNAH TERTUKAR MESKIPUN DUNIA MENGHINDAR KERANA JODOH MEMPUNYAI JALANNYA MASING2 DALAM MENEMUI CINTA.DAN HATI TAK AKAN PERNAH SALAH DALAM MEMILIH.

Saturday, 18 May 2013

Aku wanita akhir zaman

Aku hanyalah wanita di akhir zaman,ibarat sebuah kapal tanpa nakhodanya aku akan mudah hanyut dan tenggelam di lautan dunia.. Aku hanyalah wanita di akhir zaman yang mudah dipermainakan keadaan dan mudah terperangakap oleh hawa nafsu....
Menjadi wanita di akhir zaman tak mudah untukku menahan iman,dengan segenap ia bisa hancur begitu saja...,tak mudah untukku menjaga auratku disaat dunia sedang disilaukan dengan fesyen2 yang mendedahkan aurat wanita muslimah,disaat dunia lebih mengagungkan kecantikan berbanding kesolehaan.tak mudah untukku menjaga setiap tutur kataku...aku wanita di akhir zaman yang takut akan kesombongan dan keangkuhan dunia. 
         aku wanita di akhir zaman sangat takut apabila suatu saat aku jatuh ke lembah syaitan,aku takut jika suatu saat aku lemah dan tak berdaya menahan bisikan syaitan ini. Aku wanita di akhir zaman sentiasa berusaha dan terus berusaha agar tidak terpedaya dengan dunia yang fana ini meskipun sulit untukku menolak segala hasutan dunia...
           aku wanita di akhir zaman sangat takut terjatuh dalam cinta yang murah,cinta yang dimurkai tuhanku cinta yang membuatku dia segala-segalanya dan cinta yang membuatku kehilangan berkat , aku menginginkan cinta yang sejati,cinta dari allah maha besar bukan syaitan yang membawa dajjal.aku ingin mendapat kesucian cinta bukan cinta yang merebut kesucianku... Aku wanita di akhir zaman ingin mencari cinta yang membawa ku kesyurga bersamanya..
            aku wanita di akhir zaman yang penuh kekurangan.cintaku tidaklah seanggung khadijah,setiaku tidaklah sehebat aisyah,kecantikkan ku tidaklah sebening zulaikha dan keimankan tidaklah setaat fatimah.inilah aku apa adanya.terkadang aku khilaf terkadang aku jatuh terkadang aku salah dalam bertindak.tapi sebagai wanita di akhir zaman aku sentiasa berusaha untuk memperbetulkan kesalahanku aku sentiasa berusaha untuk mencari keredhaan tuhanku aku sentiasa berjuagan memperthankan keimananku aku sentiasa ingin mendapat tempat yang tinggi di mata allah meskipun itu sukar namun aku akan selalu berusaha.
            aku wanita di akhir zaman yang kuperlukan adalah seorang pelindung,dan menjadi dinding untukku agar tidak terjerumus dalam kefananaan... Aku memerlukan payung yang akan melindungiku dari panas dan hujan.aku memerlukan seseorang yang membawaku ke jalan yang ingin kutuju.aku memerlukan seseorang yang akan menjadi imamku menuju keredhaan..
            aku wanita di akhir zaman, aku tidak dapat menjanjikan yang terbaik untuk calon imamku tapi aku akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik...dan hargailah aku sebagai wanita di akhir zaman,pimpin aku dan bimbinglah aku agar bisa menjadi seperti wanita2 di zaman rasulullah.aku ingin menjadi bidadari syurga.....

Aku wanita diakhir zaman yang mencari sinar dihatinya......

Tuesday, 2 April 2013

wahai calon IMAMKU......

aku merindukan sosok soleh seorang lelaki yang boleh menjadi imamku.....aku merindukan sosok kematatangan seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpinku,aku merindukan sosok baik dari seorang yang dapat membuatku mencintainya dengan cara yang baik......aku ingin suatu saat dapat mengabdikan diri kepada seorang lelaki yang boleh membawaku kesyurga kerana aku sedar imanku masih terlalu rapuh.... aku    
ingin seseorang yang dapat membuat ku sempurna kerana aku sedar diriku ini jauh dari sempurna...... bukan kesennagan dunia yang kuinginkan,cukup dengan kesederhanaan,bukan ketampanan wajah yang kudambakan,cukup mataku sedap memandang,bukan ketinggian darjat yang kuutmakan,cukup hanya martabatnya tinggi di mata ALLAH.......

aku sedar aku wanita yang penuh kelemahan,maka itu aku pelukan seseorang yang dapat membuatku kuat, aku tahu terkadang aku sering mensia-siakan waktuku,oleh itu aku perlukan seseorang yang dapat mengingatkanku......aku tahu tak mudah untuk memperthankan rasa cintaku ini,namun ingatlah selagi kau mencintai tuhanmu,selagi itu cintaku turut bersamamu....aku bukan hanya ingin menjadi pendampingmu tetapi aku juga ingin menjadi  sahabatmu yang akan selalu ada untuk dirimu....

aku tak mahu kau mudah menyatakan cinta padaku,kerana bukan itu yang aku mahu.....namun buktikanlah dengan menjadikanku yang halal untukmu....ketika kau merinduiku ingatlah jangan pernah kau ungkapkanya padaku namun sebutlah namaku dibait-bait doamu,aku akan turut merasakannya kerana dengan cara itu kita dapat mempelihara rasa cinta yang suci.....aku tahu aku bukanlah sosok yang baik mahupun solehah jauh sekali menjadi muslimah yang baik namun aku mencuba menjadi lebih baik meski diriku ini penuh dengan dosa namun aku mencuba untuk merubahnya....

aku tahu masa laluku suram....namun ingatlah masa laluku hanya miliki,dan masa lalumu juga hanya milikmu...takkan aku persoalakn masa lalumu meskipun  itu menyakitkan untukku. yang terpenting saat ini adalah masa depan kita berdua yang akan menjadi milik kita bersama... aku mencuba menjadikan masa depanku berarti meskipun masa laluku penuh kesia-siaan...kuharap kau mengerti bukan aku mengaku suci namun mencuba untuk memperbaiki.....

wahai kau yang bakal menjadi imamku...aku tidak tahu siapa dirimu,dimana dirimu,bila kita bertemu namun aku sangat merindukan sosokmu....tetaplah menjaga dirimu meskipun sekelam apa masa lalumu ingatlah aku tak melihatmu dari masa lalumu,ku mohon kau juga begitu jika kita bertemu nanti jangan persoalkan masa laluku.ingatlah hari demi hari yang aku lalui aku mencuba memperbaiki diriku,kuharap kau juga begitu....jagalah selalu hatimu untukku,kerana aku juga begitu....aku yang akan setia menantimu wahai calon imamku......ajari aku mencintaimu dengan sempurna kelak....

kerana aku hanya ibarat tulang rusuk yang bengkok dan aku perlukan dirimu untuk meluruskan tulang rusuk itu.bawalah aku kesyurgamu,jadikan aku satu-satunnya bidadari syurgamu,jadikanlah aku ibu yang baik untuk anak-anakmu kelak,bawa dan pimpinlah aku dan anak2 kita kelak pada kebahagian yang sejati dan diredhai,ingtakan kami saat kami lupa,didik kami andai kami tidak tahu...jadilah imam dalam solat kami dengan sempurna agar kelak melaikat akan mengelilingi bahtera rumah tangga kita........

wahai calon imammu,jika mencintaiku,cintailah juga orang tuaku,cintailah apa yang aku cintai,kerana aku juga akan mencintai apa yang kau cintai meskipun sesuatu yang tidak aku sukai namun akan aku belajar untuk mencintai semua yang kau cintai.....kerana kelak aku separuh hidupmu,dan kamu separuh hidupku....jiwa kita akan menjadi satu dan kelak jadikanlah aku satu-satunya di hatimu,jangan kau membahagi cinta ini,,,kerana perlu kau tahu cinta sejati adalah untuk dua orang yang saling mencintai,,,,jadikanlah aku satu-satunya makmum dalam solatmu....

wahai calom imamku...ingat aku disetiap sujudmu....
kau adalah bait dalam doaku......
tiap tetes air mata ini adalah air mata kerinduanku.....
ALLAH tahu cara yang tepat,waktu yang tepat untuk menemui kita,,,,
kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita
dan aku serahkan takdir cinta ini kepada yang maha kuasa.....

Saturday, 23 March 2013

MIMPI

"MIMPI".....ketika aku mulai berfikir tentang mimpi aku mulai ragu,adakah kita pantas bermimpi atau jalani kenyataan yang telah ditentukan...namun jika begitu bukankah itu dianggap pasrah padahal ALLAH sentiasa menyuruh kita untuk berusaha walau dalam hal sekecil apapun...banyak yang berpendapat bahawa mimpi itu tidak perlu,itu hanya membuat kita hidup dalam angan-angan dan kita akan terbuai dalam angan-angan yang tak pasti......

tapi,setelah aku fikir-fikir mimpi itu perlu,banyak juga teman-teman yang bersependapat dengan ku...ada yang mengatakan "bagaimana jika mimpi itu menjadi realiti?? jadi memang tak salah jika bermimpi" , ada juga yang berkata " bermimpi itu tak salah,namun jangan terlalu tinggi kerana bila jatuh kita sendiri yang sakit"
ada betulnya juga bermimpi itu tidak salah namun jangan terlalu tinggi dan harus lebih berhati-hati....
namun diantara beribu pendapat,aku sangat suka kepada pendapat yang satu ini,dari seorang sahabat yang banyak memberi inspirasi dalam hidupku "dalam hidup harus ada mimpi, kita harus punya impian,dengan adanya impian barulah kita yakin dalam menempuh sesuatu kerana dalam apa-apa hal sekalipun ia bermula dari bermimpi barulah dia menjadi satu kenyataan" ya aku sangat setuju dengan pendapat yang satu ini..bagaimana kita ingin menjadikan sesuatu itu menjadi kenyataan,pasti dengan bermimpi dahulu, dengan bermimpi kita akan berusaha merealisasikan mimpi itu..

"MIMPI ADALAH KUNCI UNTUK KITA MENAKLUKAN DUNIA,BERLARILAH TANPA LELAH SAMPAI ENGKAU MERAIHNYA" ini adalah sebait lirik lagu nidji dan aku sangat setuju akan kata-katanya....bayangkan saja jika kita tidak mempunyai apa-apa mimpi adakah kita tau apakah yang ingin kita raih,apakah kita tau kemana harus kita tuju?? pastinya tidak.kita tidak mungkin hidup bagai mengikut arus sungai yang entah kemana ia mengalir dan entah dimana ia berhenti.kita takkan hidup dalam kepasrahan tanpa berusaha.Jadilah jelaslah bahawa mimpi itu perlu dan sangat penting bagi menentukan pilihan hidup ini...

wahai sahabatku.....kita haruslah mempunyai 1000 mimpi sekalipun kerana jika 1 tidak menjadi realiti banyak lagi yang akan menjadi realiti...kita wajar bermimpi dan harus memiliki mimpi walaupun sesuatu yang sangat mustahil namun bagi ALLAH tidak ada satu pun yang mustahil jika dia menginginkanya "KUN FAYA KUN" jika ia berkata jadi,maka jadilah.....Mimpi itu juga adalah usaha kita untuk meraih kehidupan yang lebih baik salah satu contohnya ialah, kita mempunyai impian untuk masuk kesyurga pastinya kita akan berusaha melakukan apa sahaja untuk dapat masuk kedalamnya,dengan lebih mendekatkan diri pada allah,lebih banyak melakukan ibadah,meninggalkan kemungkaran dan menjauhi laranganya....itu usaha kita untuk dapat merialisasikanya..INSYAALLAH.

bermimpilah dan terus bermimpi.......
bermimpilah selagi kau masih mampu..
bermimpilah sampai ia dapat kau raih..
kerana dengan bermimpi hidupmu akan lebih berarti...

Sunday, 17 March 2013

tentang si gadis......

gadis itu terlihat riang,malah terlihat sangat bahagia tersenyum melihat indahnya dunia,lebih semangat dalam meraih mimpi...tidak pernah terlihat air mata dipipinya,tidak pernah melihat dia berkeluh resah,tiada lagi kegundahan,tiada lagi kemarahan..kini dia terlihat sangat bahagia berbanding sebelumnya..kini dia sangat tenang dalam menjalani kehidupanya,bahkan dia masih mampu tersenyum kepada orang yang menyakitinya.
dia masih mampu mendoakan kebahagia orang yang telah mengkhianatinya..

ini kutuliskan sedikit kisah tentangnya,tentang si gadis yang kini tumbuh menjadi gadis yang tabah dan tegar.si gadis yang belajar dari kesalahnaya,si gadis yang belajar dari pengalamnya,si gadis yang kini dapat meraih kebahagian dan ketenangan yang ia cari selama ini..

kisah ini adalah kisah 3 tahun yang lalu ,saat itu gadis itu adalah seorang gadis yang menjadi bualan ramai orang,boleh dikatakan ia dekenali semua orang,bahkan semua orang sangat menganguminya.Dia yang dianggap orang paling cantik dan berpenampilan menarik berbanding yang lain.dia juga dikenali sebagai gadis yang manja namun disenangani orang disekelilingnya,malah dia sering mendapatkan apa pun yang dia inginkan seghingga dia merasa angkuh dan bangga kepda dirinya.dia tumbuh menjadi gadis yang selalu ingin diperhatikan,gadis yang selalu memaksa keinginanya dan keras kepala...
      Banyak lelaki yang cuba mendekatinya,mereka sangat terpegun kepada kecantikan yang dia miliki.Terus terang,sesiapa sahaja yang dapat memilikinya pasti sangat merasa bangga kerana itu  tak heran lah kalau mereka sanggup bersaing untuk memilikinya.gadis itu sangat pandai bermain dengan kata2,sehingga banyak lelaki yang menaruh harapan kepada kata-katanya namun dia tak pernah memaksudkan apa-apa dalam kata-katanya,ia hanya mengikut permainan dunia.singkat sahaja banyak lelaki yang telah tersakiti dengan sikapnya yang mereka anggap telah memainkan perasaan mereka.dengan angkuhnya gadis itu sering berkata "salah mereka sendiri,saya tak pernah menyuruh mereka mendekati saya,saya juga tak pernah memberitahu mereka saya mencintai mereka,mereka yang terlalu bodoh dan memimipi untuk mendapatkan saya, apa mereka tak punya cermin dirumah??? sangat tidak mungkin saya mahu dengan mereka"
       sehingga suatu saat,dia jatuh cinta,dia sangat tertarik pada lelaki itu,aku sebutkan ia sebagai A. saat pertama kali dia mengenal A dia sudah merasakan sesuatu yang lain di hatinya.A sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki dia mempunyai keperibadian yang mudah mencairkan hati wanita.semakin hari gadis itu semakin dekat dengan A,dia sangat bahagia disamping A,tapi sayang lelaki yang dapat menarik perhatianya tidak lebih hanya seorang buaya.setelah dia menjadi kekasih A ternyata A mempunyai banyak teman wanita selain dia,dan gadis itu menajuhi A dan mengakhiri segalanya,kali ini gadis itu merasa sangat marah dan sedih,dia menyalahi takdirnya sendiri,ya dia marah pada takdir tuhanya sendiri...dia sering berkeluh kesah dan marah pada kehidupanya,baru ini ia merasa tidak dihargai..
         seiring berjalanya waktu,dia berkenalan dan lelaki yang boleh dianggap pengubat hatinya,aku sebutkan lelaki kali ini sebagai R. R sangat  jauh berbeza dengan A, R lebih mempunyai keperibadian yang unggul bahkan agamanya juga bagus,sangat berpegang teguh pada imanya.R tidak pernah berdua-duaan dengan gadis itu bahkan hal yang sering menjadi perbualan mereka bukanlah kata-kata cinta seperti remaja lainnya melainkan tentang kehidupan dan masa depan.R selalu menasihati gadis itu ke arah kebaikan, R sentiasa menasihati gadis itu agar suatu saat gadis itu mahu menutup auratnya dengan sempurna dan menjadi muslimah  
sejati. R sentiasa mengingatkan gadis itu tentang kebesaran allah kerana gadis itu sering mengeluh dan manyalahi takdir hidupnya.hingga akhirnya gadis itu mulai menjauhi R oleh kerana gadis itu merasa dia tidak serasi bersama R, dia merasa kehidupan R yang jauh berbeza denganya.semkain lama dia semakin rimas kerana R tiap saat mengingatkanya tentang ini,tentang itu, dia menganggap R sering mengatur hidupnya dia tidak merasa bebas padahal R hanya ingin membawanya ke jalan ALLAH kerana benar2 menyayanginya..
       gadis itu kini merasa kebahagiaan itu sangat jauh darinya..dia sering mengeluh kerana sangat sukar dia menemui kebahgiaannya,dia merasa tidak pernah merasa tenang dan merasa tuhan tidak adil pada dirinya.
dia sering bertanaya ''dimana lagi aku harus mencari kebahagianku,mengapa aku tidak pernah merasa tenang,apa salah dan dosaku sehingga aku dihukum seperti ini? sehingga hanya air mata yang menemaniku tiada satu orang pun menyayangiku,bahkan aku sangat merasa jauh dari kasih sayang kelurgaku;aku ingin seperti orang lain,yang hidup bahagia bersama kelurga dan orang yang meraka sayangi". gadis itu tak pernah merasa cukup dengan apa yang dia miliki...bahkan dia lupa untuk mensyukuri nikmat tuhanya,padahal jika ingin dibandingkan nasibnya lebih baik daripada sesetengah orang diluar sana, dia memiliki kecantikan,dia sentiasa mendapatkan apa yang dia inginkan,ibunya tak pernah mengecewakanya,dan dalam tidak sadarnya banyak orang yang sayang padanya.
          dia sering mengatakan bahawa hidupnya kelam,dia tidak pernah merasa bahagia,hatinya hanya diselubungi dengan kegundahan.tak sedikitpun dia merasa tenang dalam hidupnya oleh itu dia tidak pernah merasa bersyukur..Kini gadis itu jatuh cinta lagi,kali ini dia benar2 merasa jatuh cinta setelah bertahun-tahun dia bermandi dengan air mata.aku panggil sahaja lelaki itu dengan T.Dia seperti merasakan sangat bahagia bersama T.dia menyerahkan semua kepercayaan dan kesetiaan kepada T,bahkan dalam perhubungnya kali ini dia yang  banyak mengalah,dia cukup menjaga perasaan T berbanding perasaanya, dia merasakn T dapat mewaranai langitnya yang gelap.pada suatu ketika dia mendapat tahu bahawa T curang dibelakngnyaa, dalam keadaan seperti ini dia masih dapat memaafkan T meskipun saat itu perasaanya terhiris-hiris bagai badai melanda pantai. dia sering termakan oleh kata-kata T yang sering berjanji dusta padanya dan setelah perasaanya begitu dalam pada T dia harus menerima kenyataan yang pahit. tanpa dia tahu apa kesalahnya T memutuskan untuk mengakhiri perhubungan mereka.ketika itu gadis itu terasa sangat terpukul, setiap malamya ditemani dngan air mata padahal sesungguhnya hatinya tidak sanggup lagi berjauhan dari T. dengan rasa keputusan asanya dia masih menaruh harapan T akan kembali padanya.
       hari demi hari gadis itu jalani hari dengan keluh kesah dan rintihan.hanya takdir dan waktu yang menjadi sasaranya.hingga suatu hari,ia berfikir sejenak apakah sebenarnya yang dinamakan bahagia??? adakah dia bahagia selama ini?? adakah cinta yang membuatnya bahagia???,dengan seiringnya waktu gadis itu menyadari ada satu hal yang ia terlupkan bahawa tuhan masih ada,dia selama ini lupa meminta pada tuhanya,dia lupa ada tuhan tempat dia mengadu,dia lupa bahawa tuhan itu ada dan selalu ada...dia terlupakan
kasih sayang tuhanya...dan dia lupa untuk bersykur atas apa yang dia ada didunia ini...kini dia menyadari kesalahanya,dia kini lebih dekat dengan tuhanya,dia telah belajar mencintai tuhanya,semakin lama dia semakin sadar banyak waktu yang telah dia siakan tanpa mengingat tuhanya..."OHH TUHAN.....BEGITU LAMA AKU JAUH DARIMU SEHINGGA SYURGAMU PUN TAK DAPAT KUCIUM BAUNYA,TERLALU LAMA AKU LALAI.....AKU LUPA YA ALLAH,AKU LUPA UNTUK MENCINTAIMU YANG TELAH MENCIPTAKU..AKU RINDU KASIH SAYANGMU YA ALLAH,BELAI AKU DENGAN KECINTAANMU,,APAPUN AKAN AKU LAKUKAN UNTUK MENDAPAT KEREDHAANMU...AKU INGIN DEKAT DENGANMU" rintih gadis itu sambil air jernih menetes di pipi gebunya...
      Subhanallah...kini gadis itu semakin dekat dengan tuhanya,tak pernah sedikitpun dia lalai lagi,dia sentiasa belajar untuk mencintai tuhanya dengan lebih dalam.dan akhrinya dengan mencintai tuhannya,allah memberikanya kebesaran hati,keikhlasa dan merubah seluruh keperibadianya,dia kini menjadi gadis yang lebih tawaduk,lebih redha pada takdir tuhanya dan percaya takdir ini adalah yang terbaik untuknya,kini dia lebih tenang menjalani kehidupan.Dia mulai teringat kepada R ynag dulu cuba untuk membawa cahaya dalam hidupnya tetapi dia sangat bodoh tidak menyadarinya.kini dia dipertemukan lagi dengan R dan R sangat bahagia melihat perubahannya sekarang R seakan tidak percaya bahawa itu adalah gadis yang dulu dia cintai. tapi kini telah berubah R telah pun menemui pendamping hidupnya yang layak denganya,sebetetulnya dengan pertemuan kali ini,gadis itu berharap untuk mendapat tempat yang teristimewa di hati R lagi, tapi R dengan hitungan bebrapa hari akan menglasungkan perkahwinanya,namun gadis itu tidak pernah kecewa atau sedih,dia malah tersenyum dan mendoakan kebahagian R dengan pasanganya.dia yakin mungkin allah telah mempersiapkan yang lebih baik untuknya.Dihari bahagia R gadis itu datang ke acara pernikahanya dan mengucapkan tahniah kepada R.kata-kata terakhir dari R adalah ''KAU MASIH MENDAPAT TEMPAT TERISTIMEWA DIHATIKU". subhanallah dia bangga meskipun R bukan miliknya lagi namun hati R masih menyayanginya dia sangat bersyukur disayangi oleh orang seperti R,meskipun takdir cinta tak berpihak pada cinta mereka
          seminggu selepas itu,gadis mendapat khabar bahawa T telah bertunang dengan seorang gadis yang dulu pernah dibenci oleh T,bahkan T sering mencaci maki gadis itu tapi mengapa sekarang gadis yang dulu dibencinya menjadi gadis pilihanya untuk mendampingi hidupnya??, T sungguh tidak bertanggungjawab dengan kata-katanya dia ibarat telah menjilat ludahnya sendiri...Mungkin ini yang dinamakan hukum karma.Dia bersyukur kerana ALLAH telah menjauhkannya dengan lelaki seperti T, T bukanlah sosok lelaki yang baik dan tepat untuknya.Mungkin dulu dia salah menilai T. Meskipun sakit yang ditinggalkan T belum sembuh sepenuhnya namun dia tak pernah menyimpan dendam kepada T. Walaupun hatinya terluka namun dia cuba sedaya upaya mencari kekutan untuk mengucapkan tahnia kepada T.walau bagaimanapun T adalah orang yang pernah dicintainya.
           Kini semua orang yang pernah hadir didalam hidupnya dahulu,telah memilih pendamping hidupnya masing-masing dan berbahagia, Gadis itu turut bahagia melihat kebahagian mereka,Dia yakin suatu saat berkat kesabaranya dia menemukan orang yang betul2 dipilihkan ALLAH untuknya,yang dapat menghargainya,menyayanginya dan menerima dia apa adanya....Ini adalah suratan yang telah tertulis dalam takdirnya dan dia telah menerimanya dengan ikhlas,dia redha dalam menjalani kehidupannya...

"TERNYATA BUKAN BAHAGIA YANG MEMBUAT KITA BERSYKUR TETAPI BERSYUKURLAH YANG MEMBUAT KITA SEMAKIN BAHAGIA.....AKU MERASA TENANG DALAM MENCARI CINTA TUHANKU BERBANDING CINTA MANUSIA...AKU LEBIH BAHAGIA MENIKMATI APA YANG AKU MILIKI HARI INI BERBANDING MERATAPI APA YANG BELUM AKU MILIKI,AKU MENEMUI CAHAYA DARI KEGELAPAN DENGAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA YANG TELAH MENCIPTAKANKU,KETENANGAN ITU KINI MILIKU"  -BY:  (SI GADIS YANG MENCARI CINTA TUHANYA"


melalui cerita si gadis ternyata proses kehidupan adalah proses pembelajaran,sangat rugi bagi orang2 yang tak pernah belajar dari kesilapan masa silam,betapa ruginya orang2 yang selalu mengulangi kesalahan yang sama....ternyata benar kata sesetengah orang guru yang paling berkesan buat kita adalah "masa lalu".oleh itu belajarlah dari kesilapanmu bukan menghukumnya,belajarlah dari kelalaianmu jangan biarkannya terus hanyut..Kesalahanmu di masa lalu akan menjadi sejarah,dan dalam sejarah tersebut banyak hal yang dapat kau pelajari jika kau benar2 menghayatinya....

Aku belajar sabar dari sebuah ujian,
Aku belajar ikhlas dari sebuah kenyataan,
Aku belajar redha dari sebuah ketentuan
Aku belajar menghargai dari sebuah kehilangan
Aku belajar bersyukur dari sebuah nikmat...

Wednesday, 6 February 2013

KAU CINTA PERTAMA DALAM HIDUP

cintanya padaku bagai luasnya bumi ini,tak terhitung meskipun ribuan manusia ingin mengukurnya..
cintanya padaku sedalam lautan,tak dapat direnangi malah aku akan tenggelam dalam lautan cintanya..
cintanya membuatku damai,bagai tak pernah ada perang di muka bumi ini, bagai tak pernah ada pertelingkahan bagai tak pernah ada keganasan,,,,,cintanya dapat menaklukkan hatiku pada ketenangan disebalik keresahanku

cintaku padanya tak dapat kuuraikan sekalipun telah kujelaskan dengan panjang lebar...terkadang ingin aku menunjukkan rasa cintaku padanya seperti dia telah membuktikan cintanya padaku...dia adalah pendamping seumur hidupku,ibarat tangan,jika aku adalah tangan kiri maka dia akan jadi tangan kananku.Tanpa dia hidupku tak akan sempurna,aku akan sentiasa memerlukanya dalam kehidupanku.Aku sentiasa perlukanya untuk menghapus air mataku saat aku sedih,untuk menenangkanku saat aku resah,untuk mengingatkanku saat aku lalai kerana hanya dia yang dapat membuatku merasakan bahawa sakit itu nikmat...

saat ku terjatuh,dia sentiasa menghulurkan tanganya unttukku..dia akan sentiasa membuatku bangun dan terus berjalan...saat aku merasakan dunia ku gelap dan kelam dia sentiasa mengingatkanku bahawa jalan yang gelap itu harus aku harungi kerana ada cahaya dihadapan menanti...saat aku merasakan kehidupan itu susah dia menunjukkanku alangkah mudahnya kehidupan jika kita bergantung pada yang maha esa...bagaimanakah nanti jika dia tiada disampingku?? siapa yang akan mengingatkanku tentang semua ini??
bisa saja aku karam seperti kapal dibias ombak...sungguh ku akui ku tak bisa tampanya..

kerana dia adalah nadi dalam kehidupanku,tanpa nadi aku takkan ada didunia yang fana ini lagi,
kerana dia adalah desus dalam setiap nafasku,tanpa nafas aku tidak dapat menikmati kehidupan ini,
kerana dia adalah payung dalam kehidupanku melindungiku dari panas dan hujan yang membias bumi...

bagaimana mungkin aku dapat hidup tanpa cintanya??? sedangkan selama ini cintanya adalah cahaya dalam kehidupanku, cahaya yang menerangi jalanku yang berliku-liku,cahaya yang menunjukkanku kearah yang benar,cahaya yang aku perlukan sepanjang perjalanan hidupku....sedetikpun aku takkan pernah ingin lepas dari cahaya yang dia berikan,,,,dia telah membuktikan padaku bahawa tiada cinta yang lebih indah dan besar berbanding cintanya....

dia adalah CINTA pertamaku...
CIUMAN pertamku
PELUKAN pertamaku 

Dia adalah IBU ku,cinta hatiku.satu-satunya orang yang aku kagumi....satu-satunya orang yang tak pernah mengecewakanku didunia ini..dia masih bisa memaafkanku meskipun banyak keslahanku,dia tetap menyayangiku meskipun aku sering membuatnya mennagis....dia adalah satu-satunya orang yang mendengar keluh kesahku,tangisanku...disaat semua membenciku dia semkakin mencintaiku,disaat semua orang menjauhiku dia tetap disisiku.....dia telah menerangkan musibah menjadi muhibbah..

ohh IBU.... dimanakah lagi ingin aku cari cinta seperti cintamu??? akankah ada orang yang akan mencintaiku seperti kau mencintaiku??? bahkan kau lebih mencintai diriku bertbanding dirimu sendiri?? kau rela korbankan kehidupanmu,waktumu,kebahgiaanmu hanya untuk kehidupanku... bagaimana mungkin jika suatu saat aku jauh dari mu?? bagaimana ingin kulewati hariku??? mampukah aku berdiri sendiri kelak tanpamu??
ohh IBU sesungguhnya aku tak mampu untuk sedetikpun jauh darimu...aku tak mampu jalani semua tanpamu
kau adalah IBUKU,AYAHKU,SAHABATKU,KEKASIHKU, bagiku kau adalah seluruh nafasku...

IBUku..... aku sadar aku tak mampu membalas cintamu yang begitu besar,aku tak mampu membayar sebuah harga cintamu meskipun seluruh dunia aku takluki,syurgaku ada padamu,redha tuhanku terletak pada redhamu,aku kini tumbuh membesar dengan sempurna berkat air susumu yang mengalir dalam tubuku ini..
tiada apa yang mampu aku lakukan,aku hanya hamba lemah tak berdaya,kuakui aku tak sekuat sepertimu namun aku janji ibu aku akan menjadi seperti yang kau inginkan...aku akan membuat seluruh dunia mengangumi sosokmu kelak yang bergelar seorang ibu.....

kupersembahkan coretan ini buat ibuku tercinta yang telah banyak berkorban untukku,yang telah mengajarku  tentang arti kehidupan....ibu aku ingin kau tahu aku menyayangimu melebihi apapun,kau adalah harta yang paling berharga dalam kehidupanku...aku haragi setiap tetes air mata yang jatuh dipipimu dan aku mencintaimu bagai jutaan taman di firdausi...tak dapat digambarkan betapa cintanya aku padamu....
takbir cintamu itu akan selalu kukenang dalam setiap doa dan sujudku......

RINDUMU IBARAT OMBAK
CINTAKU IBARAT PANTAI YANG SETIA MENANTI....

salam rindu dari anakmu yang sentiasa merindukanmu:-
 NSF






Friday, 1 February 2013

LABUHKAN BAHTERA ITU....

Sebuah perhubungan itu boleh diibaratkan bagai  melabukan bahtera....bahtera yang akan berjalan mencari tujuanya, begitu besar tanggungjawab untuk memastikanya berjalan pada arusnya....Perhubungan bukanlah
hanya satu ikatan atas rasa cinta yang mudah datang dan pergi namun ia adalah sebuah tanggungjawab,.....ia bukanlah hanya sekadar saling melengkapi namun ia adalah tujuan dari sebuah pilihan masa depan..sebuah pilihan dalam mencari destinasi akhirmu dan menemui pelangi dihatimu..


tapi....mengapa saat ini banyak yang tidak berani melabuhkan bahteranya??? dan hanya sekedar dipelabuhan sahaja????.. tetap terdiam di tempat yang sama tanpa mempunyai tujuan....lalu jika begitu untuk apakakah rasa cinta yang hadir dihatimu?? untuk apa kau luahkan perasaan itu,jika kau tidak bermaksud untuk membawanya kedestinasi akhir.. mungkin saja rasa itu lahir dari nafsu duniamu semata-mata bukan dari hati yang telah diciptakan tuhanmu untukmu oleh itu kau tidak tahu betapa pentingnya tujuan itu..


jika kamu sedari,untuk apakah sang maha pencipta memerintah kita untuk mencari pasangan yang terbaik adalah agar suatu saat disaat telah kau temuinya dia kan melabukan bahteramu dan akan membawamu kedestinasi akhir, dan disaat kamu melabuhkan bahteramu,kamu dapat mengendalikan bahtera itu dengan sebaik mungkin.bagi seorang wanita betapa pentingnya dia mencari nakhoda yang betul-betul tepat untuk melabuhkan bahteranya,kerana nakhoda adalah peranan yang paling penting bagi memastikan bahtera itu sampai kedestinasinya dengan selamat agar bahtera itu tidak berlabuh dipelabuhan dangkal ataupun karam ditengah jalan...


Memang tidak mudah dalam mengendalikan bahtera...kita harus siap menentang arus ombak,badai mahupun ribut taufan yang akan terjadi dipertengahan perjalanan bahtera itu.namun jika nakhoda betul2 ingin bahteranya sampai kedestinasinya dia akan sedaya upaya untuk mempertahankan bahtera itu.....Dalam perjalanan sebuah bahtera perlukan ketegaran dan ketabahan dalam menghadapi arus ombak yang mendatang,terkadang perjalanan yang agak panjang menguji kesetiaan kita,adakah ingin meneruskan perjalanan mahupun membiarkanya berhenti ditengah jalan...


tahukah kamu dimanakah tujuan bahtera itu??? tentu sekali tujuanya adalah kebahagiaan,namun bukan hanya sekedar kebhagian sementara yang kapan2 saja bisa kau dapatkan tanpa perlu bersusah payah... namun kebhgaian yang tetap abadi dalam hidupmu,kebahagian sejati yang didambakan semua orang namun tidak semua orang dapat meraihnya kecuali orang2 yang telah berjaya melabuhkan bahteranya di destinasi akhirnya....oleh itu perjalanan bahtera itu ibarat pengorbanan dan harga sebuah cintamu,kerana cinta itu perlukan pengorbanan bukan hanya sekedar janji manis dan kata-kata kosong tanpa arti......

maka itu,jika ingin membuktikan kata cinta yang kau ucapkan,labuhkanlah bahteraku...bawa aku kedestinasi akhirku yang disana tidak ada lagi kekecewaan,kesedihan dan air mata...bawa aku pada cinta yang diredhoi,pada cinta yang suci.cinta yang dapat membawa ketenagan dan kebhagian hakiki yang kucari kerana bukan sebuah perhubungan sia2 yang hanya berdasarkan rasa yang kudamba namun perhubungan yang dapat membawaku lebih mencintai tuhanku,diriku dan dirimu......



"kebahagiaan tak pernah daatng bergolek.untuk mendapatkan satu kebahagiaan kita harus melalui onak dan duri,suka duka,air mata.kita juga dituntut pengorbanan hati,perasaan,kesabaran juga kesetiaan.baru lah kita mndapatkan apa yg namanya kebahagian yg hakiki dari sebuah CINTA yang suci dan diredhai"







Friday, 25 January 2013

SINAR APA YANG INGIN KAU RAIH???

Musim kian silih berganti,malam berganti siang,mentari kian terang rembulan pun mulai bersembunyi disebalik awan,bunga-bunga tumbuh mekar dan mewangi kemudian layu kering dibias mentari,tahun kian kedepan,waktu terus berputar tanpa hentinya tanpa memikirkan manusia yang menjalaninya tanpa memikirkan adakah manusia siap melangkah bersama sang waktu.....

Aku kian tertanya tanya tentang jati diriku?? apa tujuan hidupku?? apa yang ingin ku raih?? untuk apa aku pergunakan masa mudaku?? apa yang harus kuisi dengan hari-hariku saat ini?? adakah aku ingin habiskan masa mudaku dengan cara seperti ini selamanya?? adakah aku ingin mengisinya dengan terus berfoya foya,hanya mencari keseronokan dunia,hanya mengejar nama,kedudukan dan ingin dipuja-dipuja oleh semua manusia.sedangkan aku juga adalah hambanya sama seperti yang lainya......

Bermain dibenakku tentang bagaimanakah akhiratku kelak??? adakah aku pantas duduk dekat dengan sang penciptaku di alam sana? sedangkan saat ini aku telah banyak menghabiskan waktuku hanya untuk mencari kesenanganku sendiri sehingga aku lupa untuk tuduk dengan sang penciptaku,aku lalai untuk mengingat yang maha esa,jarang sekali aku meneteskan air mata tatkala mengingatnya bahkan aku hanya sujud padanya saat aku ditimpa musibah...hidupku bergelumang dengan dosa,aku seolah tak menghiraukan kan lagi perintah dan larangan tuhanku. masihkah aku pantas mendapat tempat di hati tuhanku??? sedangkan selama ini aku lalai dengan keagkuhanku sendiri...

Tatkala aku tersedar....betapa hinanya diri ini,aku merasa sangat rendah dimata tuhanku tatkala ribuan manusia mengagumiku,memujiku..sungguh betapa kini aku tak lagi nyaman dengan diriku saat ini. betapa pujian dan sanjungan manusia-manusia ini tidak berarti jika nyatanya betapa rendahnya tuhanku menilai diriku.dimanakah tanggungjawabku sebagai seorang hamba?? dimanakah rasa sayangku dan cintaku pada sang maha pencipta??

Disuatu senja, aku bertemu dengan seorang gadis yang sangat menarik perhatianku, aku sangat tertarik untuk mengenalinya, jujur ku akui dia hanya seorang gadis yang sederhana,tiada apa-apa yang istimewa darinya namun ada sesuatu yang membuatkan dia sangat luar biasa menurut pandanganku.wajahnya yang sayup,penuh ketawadukkan dan menunjukkan rasa takutnya begitu besar kepada sang pencipta.matanya yang sentiasa tunduk tatkala berhadapan dengan yang bukan muhrimnya,kelakuanya yang begitu lembut,cukup menjaga adab dan akhlaknya.aku dapat melihat sinar diwajahnya.dari penampilanya dan sikapnya jauh berbeza jika dibandingkan dengan diriku.
begitu berbedanya aku dengan dirinya,betapa aku jauh dibawahnya.

saatku mendalami hari-harinya,semakin lama aku semakin kagum padanya.lidahnya tak pernah kering dengan sentiasa bertasbih pada tuhanya,bibirnya yang tak pernah berhenti bergetar saat membaca ayat-ayat suci tuhanya,hidupnya yang penuh kesederhanaan dan melabuhkan cintanya hanya kepada sang penipta.dia tak pernah menghabiskan waktunya dengan mencari kesenangan dunia. Aku pernah menanyakan padanya "wahai saudariku,bukankah dalam kehidupan ini semua manusia adalah dalam pencarian?? apakah yang menjadi tujuan saudari?" lalu dia tersenyum dan menjawab dengan nada yang begitu sayu " sesungguhnya aku hanya wanita biasa,tak semua pencarianku mampu ku lakukan tatkala aku sendiri bingung adakah pencarianku itu baik untuk diriku...tapi yang pasti aku punya satu tujuan iaitu ingin menjadi salah satu bidadari tuhanku,aku ingin meraih syurga yang dijanjikan tuhanku bagi orang-orang yang mentaati perintahnya, aku ingin mendapat syurga dikaki ibuku dengan berbakti padanya dan aku ingin menutup pintu neraka buat ayahku dengan menjaga diriku,auratku ibadahku......jelas aku hanya mencari keredhaan tuhanku yang menciptakanku".

SUBHANALLAH...jawaban yang begitu menggetarkan jiwaku,tanpa aku sedari air mata ini berlinangan.betapa semua itu tak pernah terfikir oleh benakku,ya tuhann!!!!! aku menangis sekuat-kuatnya atas dosa2 yang tak pernah aku fikirkan,hinanya diri ini..kau berikanku kecantikan ternyata bukanlah untuk kupertontonkan kepada orang yang bukan muhrimku melainkan kau meminta untukku menjaganya dengan sebaik mungkin untuk seoarng yang pasti halal buat ku kelak.kau berikan ku kelebihan harta bukanlah untuk ku haburkan dengan mencari kesenangan dunia melainkan kau memintaku untuk mempergunakanya ke jalanmu..

kini kusadari semuanya....aku menyesal dengan kelalaian dan kebodohanku sendiri.ternyata selama ini aku hanya merugikan diriku.ohh tuhan....hai ini aku telah tahu apa tujuanku...aku tahu seperti apa aku ingin membentuk jati diriku..untuk apa ingin kuisi masa mudaku ini..aku ingin dekat dengan tuhanku,aku ingin dipandang tinggi oleh tuhanku,aku ingin dicintai oleh tuhanku agar aku juga nanti dipandang tinggi saat menghadap tuhanku..

bantu aku dalam mencari sinar dihatimu wahai penciptaku,ALLAH S.W.T.......

"AKAN AKU CARI DUNIAKU UNTUK AKHIRATKU DAN MENCARI AKHIRATKU UNTUK DUNIAKU"

Saturday, 12 January 2013

Saat itu tiba

Saat air mata menetes,
Kita dipaksa untuk tegar,
Menghapusnya sendiri,
Dan membujuk hati yang duka.

Saat kita tejatuh lemah
Tak berdaya,kita didorong
Untuk tabah,bangkit dengan
Sendiri,dan teruskan berjalan.....

Saat itulah kita akan tahu arti ikhlas dan redha....